Thursday, March 10, 2011

Pemandu yang tak bertimbangrasa

Kebiasaanya setiap stesen minyak petronas @ shell @ esso ada menyediakan tempat isi angin tayar dan air . Tapi masalah nya kalau kita nak pergi isi angin tayar kereta , biasanya dah ada kereta yg di letakkan depan tempat isi angin tersebut tetapi kereta berkenaan diletakkan disitu kerana tuan nya nak ke tandas atau membeli barang runcit di kedai stesen berkenaan.

Ini menyebabkan kereta lain yang nak isi angin tayar terpaksa menunggu tuan kereta berkenaan keluar dahulu dan mengalihkan kenderaan berkenaan sebelum dapat isi angin tayar kereta. Ada yg lebih teruk pemandu berkenaan siap tidur dalam kereta dan buat don't know jee walaupun dia tahu tempat berkenaan bukan nya tempat untuk rehat dan tidur.

So , kepada semua pemandu sekelian marilah kita menjadi pemandu yg bertimbangrasa bukan hanya untuk diri kita tapi kepada orang lain yg nak menggunakan kemudahan awam distesen minyak berkenaan.

1 comment:

  1. kalau sesetengah stesen minyak pulak, ada yang pam tu rosak dan tak dibaiki. ade pulak kepala hos tu dicabut, sebab tak nak dicuri orang orang rempit.

    ReplyDelete