Thursday, August 25, 2011

ramadhan

Tinggal beberapa hari lagi bulan ramadhan akan berakhir. Nampak nya anak2 ku dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya. Puasa tahun ni hanya abang dan adik aje yang berpuasa.Anak ketiga (najwa) belum puasa ,umur lima tahun. Tapi kalu pergi Tadika cikgu tanya dia cakap puasa.Biasanya kat tadika umur 6 tahun baru dia latih berpuasa.

Tidah dinafikan banyak dugaan dan cubaan yg mereka lalui terutamanya kalau waktu makan sahur.
Boleh dikatakan yang si abang(zulfaiz) amat payah kalau dikejutkan untuk bersahur, dah lah bila bangun sahur tak selera nak makan. Kadang2 umi nye terpaksa buat burger supaya dia rasa nak bersahur. Adiknye pula mudah sikit kalau kejut waktu sahur, kejut jee terus bangun.seminggu ni asyik makan crunch + susu waktu sahur.

kalau waktu berbuka puasa mereka ini makan penuh selera ,siap tambah2 lagi pas tu makan kuih lah, kalu ade roti john makan roti john pulak.Tahun ni pergi terawikh mereka tak nak ikut, so tiga3 tu kami tinggal kat rumah jee.Yang bestnya kalu tanye nak makan ape waktu berbuka anak yang kedua tu asyik nak makan nasi ayam jee, acap kali juga lah umi buat nasi ayam.

Sempena bulan syawal yang akan tiba beberapa hari lagi saya ingin ucapkan salam idul fitri maaf zahir batin sekiranya ade terkasar bahasa,terlepas cakap atau tersalah gurauan.

Tuesday, June 14, 2011

Cuti Hujung Minggu

Biasanya kalau cuti sekolah, isteri & anak2 akan balik kampung tapi cuti sekolah kali ini kami semua sibuk dengan kenduri kahwin adik ipar.

Hari minggu semasa cuti sekolah 2 minggu lepas kami sekeluarga tak ada kat rumah. Bermula dengan minggu pertama kembara ke selatan (negeri Johor - Ulu Tiram ) atas urusan perkahwinan adik ipar.
kemudian hari mingggu ke2 cuti sekolah kami balik ke Kuala Terengganu kerana majlis sambut menantu.

Hari minggu ke3 pulak sekali lagi bertandang ke Kuala Terengganu kerana mengikuti rombongan kahwin sepupu. hujung minggu ni pulak ada kenduri kahwin sepupu juga kat kemaman. Banyak lagi jemputan kenduri kahwin yang tak dapat kami penuhi memandangkan ianya pada masa dan waktu yang sama.

Terimakasih diatas jemputan anda semua dan mohon maaf jika kami tak sempat hadir. Kepada semua pengantin samada yang baru atau lama saya ucapkan selamat menjalani alam berumahtangga , semoga bahagia dan kekal lah hendaknya.

Sunday, April 3, 2011

Penyapu Lidi




Masa aku sekolah rendah dulu aku selalu lah tolong mak dan tok aku meraut lidi nyior ni. Biasanya pelepah nyior yg tua akan jatuh sendiri dan dikumpul daun nya untuk dibuat penyapu lidi.Kalau banyak sangat daun yg nak diraut kami akan lilit kain buruk kat jari supaya tak luka kena daun nyior .

Sesudah diraut kesemua lidi tu, mak akan cantumkan lidi lebih kurang saiz pergelangan lengan dan diikat.Kalau banyak lidi yg dapat mak akan jual ke penjual di pasar dengan harga 50 sen seikat. Boleh lah buat belanja sekolah seminggu.Dulu-dulu lidi nyior ni ada 2 kegunaan iaitu ade yg jadikan penyapu dan ada yg gunakan untuk buat lidi sate.

Tapi sekarang ni payah dah nak jumpa orang menyapu pakai penyapu lidi dan untuk cucuk sate pula penjual sate gunakan bilah buluh yg dijual di kedai atau pasaraya.Walau bagaimana pun baru-baru ni aku terjumpa penyapu lidi ini di musolla kat pejabat aku. Terkejut juga aku kerana penyapu lidi ni masih digunakan walau pun penyapu plastik dan penyapu jerami telah mendominasi dan mengambil alih tugas penyapu lidi.

Thursday, March 10, 2011

Pemandu yang tak bertimbangrasa

Kebiasaanya setiap stesen minyak petronas @ shell @ esso ada menyediakan tempat isi angin tayar dan air . Tapi masalah nya kalau kita nak pergi isi angin tayar kereta , biasanya dah ada kereta yg di letakkan depan tempat isi angin tersebut tetapi kereta berkenaan diletakkan disitu kerana tuan nya nak ke tandas atau membeli barang runcit di kedai stesen berkenaan.

Ini menyebabkan kereta lain yang nak isi angin tayar terpaksa menunggu tuan kereta berkenaan keluar dahulu dan mengalihkan kenderaan berkenaan sebelum dapat isi angin tayar kereta. Ada yg lebih teruk pemandu berkenaan siap tidur dalam kereta dan buat don't know jee walaupun dia tahu tempat berkenaan bukan nya tempat untuk rehat dan tidur.

So , kepada semua pemandu sekelian marilah kita menjadi pemandu yg bertimbangrasa bukan hanya untuk diri kita tapi kepada orang lain yg nak menggunakan kemudahan awam distesen minyak berkenaan.

Wednesday, March 2, 2011

Kutipan Saman PDRM

Hari ni PDRM bg tahu hasil kutipan saman sehingga 28/2/11 yg dibayar di kaunter kutipan saman bagi Negeri Terengganu adalah RM 1.4 juta, dengan daerah Kemaman mencatat kutipan tertinggi lebihkurang RM 220,000.00.

Wah! banyak tul dia dpt makan duit rakyat ya. Adalah gak kawan-kawan aku kat pejabat yg turut menyumbang (terpaksa bayar kalau tidak kena blacklist).Entah nama aku pun kena blacklist gak kot.... pasal aku tak pernah semak pun nama aku kena saman ke tak? Apa pun dibawah ni masih lg mengenai mereka yang kena saman ekor tp kesalahan tu org lain yg buat.

-------------------------------------

Rakus, terdesaknya saman ekor
Mohd Haiza Hussin   
RAKYAT baru sahaja dikejutkan dengan pengumuman penuh gah dan bergaya Ketua Pengarah JPJ merangkap secara tidak rasmi jurucakap Ketua Polis dan Ketua Pengarah DBKL tentang kadar kompaun terbaru saman yang dikeluarkan kepada semua pemandu di Malaysia dan peraturan baharu yang berkuatkuasa 1 Mac.
Di sini saya sebagai salah seorang pemandu warganegara Malaysia dan pembayar cukai yang sah ingin mengemukakan satu contoh bagaimana rakus dan terdesaknya pihak berkuasa dalam kes saman-menyaman terhadap pengguna jalan raya. Saya juga turut menyokong penuh desakan jawatankuasa bertindak yang diketuai YB Datuk Mahfuz Omar untuk menghapuskan saman ekor.
Saya mempunyai sebuah motosikal berkuasa rendah yang kebanyakan dimiliki oleh rakyat,terutama warga kota. Motosikal saya itu hanya digunakan untuk ke sekitar kawasan kediaman saya di Taman Melati, Setapak dan ulang alik ke masjid berdekatan rumah. Yang menjadi kehairanan dan penuh ajaib apabila pada beberapa hari yang lalu, tatkala rakyat dikejutkan dengan berita 'rakyat diutamakan lagi !' itu, saya mengakses kemudahan internet di talian PDRM dan mendapati saman ekor telah dikenakan terhadap saya atas kesalahan melebihi had laju motosikal saya. Kesalahan direkodkan atas nama saya dan nombor pendaftaran motosikal milik saya dengan melebihi had laju berkompaun RM300.00 di Kuala Kangsar, Perak! Kejadian dicatatkan pada 21 Disember 2010. Begitu ajaib pemanduan saya dengan hanya sebuah motosikal Yamaha melebihi had laju di atas sebatang lebuhraya yang beratus kilometer jaraknya dari tempat tinggal saya!
Di sini saya ingin menarik perhatian pembaca betapa terdesaknya pihak berkenaan apabila terus mengambil tindakan saman tanpa merujuk atau meneliti terlebih dahulu kes seumpama ini. Kemungkinan kes kereta curi dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu bermaharajalela di mana-mana amat meyakinkan saya. Inilah sebahagian contoh betapa rakusnya pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang ciptaan manusia yang semakin menekan dan membebankan rakyat kebanyakan.
Mohd Haiza Hussin,
Taman Melati, Setapak.

Monday, February 21, 2011

Kisah Saman Ekor

Korang ade saman ekor tak? Seingat aku ade satu , saman tak pakai topi keledar. Sebenarnye moto tu lama dah aku jual tapi tak tukar nama kepada pemilik baru so yg kena aku lah.Kat bawah ni ade satu kisah saman ekor yang telah menganiaya pemilik nye.


Saman ekor: Kerajaan cari duit haram dari rakyat
Posted on Friday, February 18 @ 14:00:00 PST

Oleh Yunus Sauman Sabin

Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? Sebab saman ekor.
Adakah patut, kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telahpun saya hantar ke Sabah pada September 2008. Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung.

Memandangkan pemilik saman yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini, maka saya telah membayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu. Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu.
Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang.

Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu.

Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman. Katanya mereka akan menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu.

Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet. Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah sebabnya? Saya boleh mengagak sebabnya tetapi saya tak mau cakap.

Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi.

Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya?

Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Atau, adakah orang lain menggunakan nombor pendaftaran kereta saya. Kalau ya, di mana buktinya.

Namun, melalui bukti dokumen penghantaran kereta ke Kota Kinabalu yang saya berikan, tentulah kereta yang disaman itu sepatutnya bukan saya punya dan mesti dibatalkan. Terlalu banyak kemungkinan. Saya tidak tahu.

Apapun, mereka yang melakukannya mungkin boleh dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam tugas. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak.

Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.

Saya benar-benar kecewa.

Yunus Sauman Sabin,

Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Monday, February 14, 2011

Langkah Mulaan

Hari ni aku memulakan langkah pertama untuk mencoret di alam maya, sebelum ni asyik dok membaca coretan orang lain jeee

Setelah lama berangan-angan, akhirnya ia menjadi kenyataan juga.Ku harapkan langkah ini tidak terhenti di tengah jalan.