Sunday, April 3, 2011

Penyapu Lidi




Masa aku sekolah rendah dulu aku selalu lah tolong mak dan tok aku meraut lidi nyior ni. Biasanya pelepah nyior yg tua akan jatuh sendiri dan dikumpul daun nya untuk dibuat penyapu lidi.Kalau banyak sangat daun yg nak diraut kami akan lilit kain buruk kat jari supaya tak luka kena daun nyior .

Sesudah diraut kesemua lidi tu, mak akan cantumkan lidi lebih kurang saiz pergelangan lengan dan diikat.Kalau banyak lidi yg dapat mak akan jual ke penjual di pasar dengan harga 50 sen seikat. Boleh lah buat belanja sekolah seminggu.Dulu-dulu lidi nyior ni ada 2 kegunaan iaitu ade yg jadikan penyapu dan ada yg gunakan untuk buat lidi sate.

Tapi sekarang ni payah dah nak jumpa orang menyapu pakai penyapu lidi dan untuk cucuk sate pula penjual sate gunakan bilah buluh yg dijual di kedai atau pasaraya.Walau bagaimana pun baru-baru ni aku terjumpa penyapu lidi ini di musolla kat pejabat aku. Terkejut juga aku kerana penyapu lidi ni masih digunakan walau pun penyapu plastik dan penyapu jerami telah mendominasi dan mengambil alih tugas penyapu lidi.